Nuffnang

Saturday, July 18, 2015

DOTA2 International Overview

DOTA2 International Overview

Friday, April 10, 2015

Monday, May 23, 2011

I love corn! Who doesn't? What's better than combining milk & corn together. It's a perfect match. Vote today! #DutchLadyWMD


I love corn! Who doesn't? What's better than combining milk & corn together. It's a perfect match. Vote today! #DutchLadyWMD



p\s::Undi mari mengundi.....

Motosikal Air Brush



MOTOSIKAL adalah pengangkutan alternatif paling mudah digunakan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Boleh dikatakan, setiap keluarga di negara ini pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah motosikal untuk kegunaan harian sama ada untuk ke pejabat, pasar atau surau kawasan perumahan.

Bagaimanapun, segelintir pemuda di negara ini menganggap jentera dua roda berkenaan sebagai teman wanita mereka kerana sanggup menghiasi motosikal hingga peringkat ekstrem.

Mungkin mengubah suai motosikal kapcai atau skuter dianggap masih baru di negara ini berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.


Di sana, kenderaan itu mempunyai peminatnya tersendiri kerana mereka sanggup memerah otak menghasilkan kreativiti menarik dan unik bagi tatapan umum.

Kegilaan mencipta motosikal tidak terhenti begitu saja dan kini ramai menghasilkan motosikal sendiri hingga bentuknya pelik.

Bagi peminat motosikal, mengubah suai jentera masing-masing dengan titik peluh sendiri dengan daya imaginasi untuk menghasilkan kenderaan idaman yang mampu bergerak ke semua destinasi tanpa sebarang masalah.

Walaupun negara ini masih baru dalam pengubahsuaian motosikal, idea menghiasi motosikal tidak kurang hebatnya dan setaraf dengan negara jiran.

Selain itu, jentera berkenaan menggunakan teknik semburan angin untuk melukis watak Goku dalam kartun Dragon Ball pada bahagian badan dan memuatkan beberapa pembesar suara supaya dapat memainkan lagu.

Skuter turut mencuri tumpuan apabila mengenakan teknik semburan serta dipadankan rim krom dengan dibaluti tayar besar membuatkannya unik.

p\s:: korang ade motor airbrush x...?