Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010


Menghitung hari detik demi detik,

Menunggu itu kan menjemukan,

Tapi ku sabar menanti jawabmu,

Jawab cintamu,

Jgn kau beri harapan padaku,

Sprti ingin tp x ingin,

Yg aku pinta tlus hatimu bukan pura2,

Jgn pergi dari cintaku,

Biar saja tetap dgnku,

Biar smua tau adanya,

Dirimu memang punyaku.

Tuesday, September 14, 2010

Pemilihan Terbuka The Chance


Perhatian kepada semua rakyat Malaysia.........

Nike Malaysia akan menganjurkan Pemilihan Terbuka bagi pemain bolasepak muda negara untuk menampilkan kehebatan mereka dan meraih tempat di Nike Academy di London. Pemilihan ini dibuka kepada pemain individu dan adalah peluang untuk menonjolkan bakat di hadapan panel jurulatih diketuai oleh jurulatih negara K. Rajagopal.

Butir-butir Pemilihan Terbuka
Lokasi : Padang C-1 & C-2 MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tarikh : 18 & 19 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Padang MPK2, Kuantan, Pahang
Tarikh : 22 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Kompleks Sony, Seberang Prai, Pulai Pinang
Tarikh : 25 September 2010, 9 pagi

Lokasi : Padang Mawar 4, Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 29 September 2010, 9 pagi

Peserta mesti berumur di antara 17 - 24 tahun (Semua perserta mesti berumur 17 tahun pada 1 September 2010)

Rebut peluangmu. Kamu tidak tahu siapa yang memerhati

Nike Football Malaysia.

Sunday, September 12, 2010

Berhati-hati menyambut Raya.....

Salam kepada semua pembace2 post aku ni.......
hari ni sunguh memenatkan bagi aku.....

penat jalan raya....hehehehe..

Hari ni aku kat Resort Teluk Kemang....
tadi g raya kat umah sedare and melawat kubor arwah....agak sedih gak lah mase tu....huhuhu

benda yang best berlaku ade lah.......aku stil dapat duit raya lagi walau pun x banyak mcm dulu...tapi alhamdulilah =) best....hehehe

pas penat beraya aku jalan2 kat pantai dengan adik aku....memang penat tapi cian tgk dia...layan kan je lah......huhuhuhuhu

time nak melintas tu ade van tu lalu....laju sangat2...nasib baik aku blum melintas kalau x dah masuk hospital lah jawab nye.......fuuuuh lega...

balik je kat resort aku terus salin baju and terjun kolam renang....best
dah lame x berenang...adik2 aku pun join sekali...mandi kolam sampai malam....huhuhuhu

esk nak g open house pulak.....penatnye....tapi best....=)

aku hope korang punye raya pun best k....aminnn................

p/s :Berhati-hati masa melintas ok.....=)

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya.


Salam semua........
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloger2 dan khas kepada Nuffnang......

bulan ramadhan dah nak berlalu....rase sedih bercampur gembira........sebab mcm2 benda yang melanda diriku di bulan ini.....

ape pun ku angap semua itu sebagai dugaan.........amin......

esk dah nak raya.......mcm2 persiapan yang dibuat.....fuuuhh...memang penat gile...
tapi hati tetap rase gembira.......hehehe

pasni ni bleh lah jumpe kenalan yang dah setahun x jumpe...huhuhu...
ape2 pun hope korang punye raya best tahun ni......=)

p/s : agak2 korang aku dapat lagi x duit raya??? =)

SELAMAT HARI RAYA.....MAAF ZAHIR DAN BATIN........

Tuesday, September 7, 2010

Berhati-hati di jalan raya.











Salam kepada semua bloger and yang nak balik beraya tu..
mesti best kan,x sabar nak menyambut raya dengan org tersayang,macam-macam benda bermain kat fikiran korang kan..

TAPI....AWAS!!!!

Kemalangan sering berlaku ketika hendak pulang beraya..
anda hendak lah berhati-hati dan sentiasa peka semasa memandu..
Pastikan kenderaan anda telah di periksa atau diservis terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan..

Bagi perjalanan jarak jauh anda hendak lah mendapatkan rehat yang secukupnya supaya tidak mengantuk nanti...bayang kan lah bawak keta pejam mata...confirm tido kat hospital nanti...hehehehe..

Kalau terlalu mengantuk anda bleh je sleeping kat R&R tu free je....hehehe

Seterusnya jgn lah nak bawak keta tu mcm org hilang anak...sabar lah..x de lari nye kampung korang tu....kalau bleh lari pun korang jugak yang sampai dulu..ko pakai keta...=)

Kalau ade adik beradik or org yang geti bwk keta tukar-tukar lah...x de lah boring sangat nanti...
and pasti kan korang pakai handsfree or ape2 je lah yang bleh jawab call automatik..senang nanti...xde lah korang hilang fokus or di saman pak misai(Polis)

Last tapi bukan terakhir dari aku =)...kalau ade pemandu yang bleh menjejaskan pemanduan korang baik korang potong dia or bagi dia jalan dulu...lagi satu jgn lah nak cepat marah k..senyum selalu =)

Sooo fikir-fikirkan lah and selamat balik kampung.

p/s: agak2 korang ade line x kat kampung nanti....bukan ape susah nak bukak blog nanti...hehehehe

Bila merenung wajah mu.

Bila merenung matamu.

Baru ku tahu.

Ada harapan digunung hadapan.

Bersama lambaian mesra.

Akukah yang telah mengetuk pintumu.

Dengan santun.

Lalu beriringan menyanyi lagu rindu.

Bila merenung bibirmu.

Baru ku tahu.

Ada bicara yang tersangkut.

Meliwati jaringan waktu.

Akukah yang akan menjawabnya.

Satu persatu.

Mengakhiri penantian berertimu.

Bila merenung wajahmu.

Dalam kesempatan yang terbatas.

Dapat ku tahu.

Sunyi hati ku akan berlalu.

Monday, September 6, 2010

LoVe














30 perkara perempuan x sempat bagi tahu lelaki...........

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday, September 5, 2010

My Konvokesyen










Salam semua...bulan lepas saye baru je lepas konvo at dewan sri endon at putrajaya......
bergambar dgn my mother....after my konvo.... =)

Gerak pagi kul 7 dari melaka...sampai dalam kul 8....
ramai jugak lah yang dah sampai dulu.....
sampai2 je x tahu nak wat ape....huhuhuhuhu
terus cari urus setia.....pastu beratur with my friends...
pastu sesi dgr ucapan dari VVIP and penyerahan sijil.....

after sesi bergambar, sesi makan2 pulak best =)

lepas sume tamat agak sedih jugak lah sbb susah nak jumpe lagi member kelas lepas konvo....T_T

ape pun wish diorg supaya hidup dgn gembira and bahagia amin.......... ;D

Salam semua.....











hai semua...name saya malik,still belajar lagi.kat kolej di melaka.
nak cari member2 baru and lame...kalau ade facebook add me ok malikroy1[at]yahoo[dot]com
sape2 ade tips nak membina blog ni bleh lah di alu2 kan k.hehehehehe

p/s:sape tahu tentang nuffnang bleh tolong bagi tips skit x........huhuhuhuhu

salam...hai all


Saye baru je join nuffnang ni.....klik lah k...
kalau ade tips2 kongsi lah dgn saye ok.....